Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka akan berbelanja untuk projek pembangunan pelabuhan

    COLOMBO, 19 FEB – Menteri Pelabuhan, Perkapalan dan Penerbangan Sri Lanka, Nimal Siripala de Silva berkata kerajaannya akan membelanjakan sekitar AS$132 juta untuk projek pembangunan pelabuhan.

    Pelaburan itu akan dibuat melalui hasil yang dijana daripada operasi pelabuhan, kata Nimal Siripala de Silva kelmarin.

    Bercakap pada satu acara di Colombo, menteri itu berkata kerajaan telah memperuntukkan lebih AS$100 juta untuk Terminal Kontena Timur dan AS$32 juta untuk Terminal Kontena Jaya.

    Kedua-dua terminal merupakan anak syarikat milik penuh Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka milik kerajaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda