Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka bakal laksana hukuman mati

    COLOMBO, 30 JUN – Presiden Sri Lanka menghadapi cabaran perundangan baharu dalam usahanya untuk menamatkan moratorium 43 tahun mengenai hukuman mati dan mula melaksanakan hukuman mati ke atas banduan dadah, kata pegawai hari ini.

    Dua petisyen difailkan di Mahkamah Rayuan pada Jumaat yang berusaha mendapatkan perintah untuk menumpaskan sebarang tindakan oleh Maithripala Sirisena untuk meneruskan pelaksanaan hukuman mati, yang belum dilaksanakan sejak hukuman gantung terakhir pada Jun 1976. “Mahkamah Rayuan mempunyai perbicaraan awal pada minggu depan.

    Sementara itu, pesuruhjaya penjara telah memberikan jaminan kepada mahkamah bahawa hukuman gantung tidak akan dilaksanakan,” beritahu pegawai mahkamah kepada AFP.

    Pada Rabu, Sirisena berkata beliau telah melengkapkan formaliti untuk meneruskan hukuman gantung dengan menandatangani waran mati empat banduan dadah. Beliau tidak berkata bila pelaksanaan hukuman akan dilakukan.

    Sumber kementerian keadilan berkata mereka masih belum mengisi kekosongan dua tukang gantung, walaupun lebih satu dozen calon telah diletakkan dalam senarai terpilih untuk jawatan itu.

    Pengumuman Sirisena menerima kritikan antarabangsa. Bagaimanapun sumber kementerian keadilan berkata perlu adanya proses pentadbiran yang panjang sebelum pelaksanaan hukuman mati boleh dilaksanakan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda