Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka batal perhimpunan pilihan raya

    COLOMBO, 12 JULAI – Parti pemerintah Sri Lanka hari ini mengambil keputusan untuk membatalkan perhimpunan menjelang pilihan raya parlimen yang akan datang dan menunda pembukaan semula lapangan terbang antarabangsa negara itu kerana lonjakan kes virus.

    Negara Asia Selatan yang memiliki 21 juta penduduk itu melonggarkan lockdown pada akhir bulan Jun setelah menyatakan tidak ada lagi penyebaran virus tersebut.

    Tetapi sejumlah kes muncul minggu lalu yang menyaksikan 253 pesakit positif dalam satu malam.

    “Semua perhimpunan awam di mana presiden dan perdana menteri akan hadir hari ini, esok dan lusa dibatalkan,” menurut satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda