Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka beri visa percuma

    COLOMBO, SRI LANKA, 31 JULAI – Sri Lanka mengumumkan hari ini ia akan memberikan visa percuma satu bulan untuk ketibaan pelawat dari hampir 50 buah negara dalam usaha terbaharunya untuk memulihkan industri pelancongan negara pulau yang terjejas teruk oleh serangan bom Easter yang membunuh 263 orang.

    Menteri Pelancongan John Amaratunga berkata pelancong atau mereka yang melawat untuk tujuan perniagaan boleh mendapatkan visa percuma mereka selepas tiba atau memohon menerusi internet.

    Langkah itu akan berkuat kuasa selama enam bulan, bermula esok.

    Beliau berkata kerajaan menjangka pertambahan besar dalam ketibaan pelancong daripada langkah tersebut.

    “Jika ia tidak mendatangkan kebaikan, kami akan menggantung program ini,” kata beliau.

    Disebabkan langkah itu, kerajaan mungkin kerugian 4.3 bilion rupee dalam pendapatan yang boleh diperolehnya daripada bayaran visa.

    Sri Lanka mengenakan AS$35 untuk visa pelawat satu bulan, atau AS$20 untuk rakyat dari Asia Selatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda