Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sri Lanka gesa penduduk jimat guna air

    COLOMBO, 22 FEB – Lembaga Bekalan Air dan Saliran Negara (NWSDB) Sri Lanka hari ini menggesa orang ramai supaya berjimat cermat menggunakan air berikutan paras air yang semakin berkurangan di sungai yang digunakan sebagai sumber air minuman, lapor Xinhua.

    Timbalan pengurus besar NWSDB, Anoja Kaluarachchi, berkata negara itu diramal tidak mengalami hujan untuk sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

    Kaluarachchi menyatakan kebimbangan khususnya terhadap penurunan paras air di Sungai Kelani, sumber air kritikal untuk Colombo dan kawasan sekitarnya yang merupakan antara kawasan yang padat dengan penduduk.

    Beliau berkata, negara itu mengalami cuaca kering selama kira-kira enam minggu yang akan memberi kesan ke atas pengambilan air untuk diagihkan berikutan paras air sungai lain yang turut menyusut.

    Kaluarachchi berkata, NWSDB sedang membina penghalang masuk sementara merentasi Sungai Kelani untuk memastikan bekalan dapat terus diagihkan semasa musim kemarau. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...