COLOMBO, 30 DIS – Kementerian Pendidikan Sri Lanka hari ini mengumumkan pengurangan hari persekolahan bagi tahun akademik 2025, daripada 210 hari kepada 181 hari.
Menurut kementerian itu, jadual baharu itu akan digunakan di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta yang diiktiraf kerajaan, serta Pirivena (sekolah khas untuk sami Buddha).
Keputusan tersebut dibuat berikutan cabaran berterusan yang dihadapi Sri Lanka akibat pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi.
Penggal ketiga tahun akademik 2024 dijadualkan berakhir pada 24 Januari 2025, manakala tahun akademik baharu akan bermula secara rasmi pada 27 Januari 2025.
Kementerian berkenaan turut memaklumkan bahawa kalendar akademik 2025 merangkumi 26 hari cuti umum, dengan 22 daripadanya jatuh pada hari bekerja. – Xinhua