Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka lanjutkan perintah berkurung ketika pengiraan undi berlangsung

    COLOMBO, 22 SEPT – Sri Lanka melanjutkan perintah berkurung yang dikenakan di negara itu sehingga tengah hari, hari ini, lapor Xinhua memetik kenyataan Menteri Keselamatan Awam, Tiran Alles.

    Perintah berkurung mula dikuatkuasakan di Sri Lanka dari 10 malam kelmarin sehingga 6 pagi hari ini, menurut kenyataan polis.

    Polis menyatakan walaupun keadaan di negara itu aman, keputusan untuk mengenakan perintah berkurung diambil bagi memastikan keselamatan rakyat lebih terjamin.

    Proses pengundian pilihan raya presiden di Sri Lanka bermula pada 7 pagi waktu tempatan kelmarin dan berakhir pada 4 petang hari yang sama.

    Proses pengiraan undi masih berjalan setakat pagi hari ini. – Bernama

    Beberapa kenderaan dilihat bergerak di sepanjang jalan yang lengang semasa perintah berkurung yang telah dikenakan selepas pilihan raya presiden Sri Lanka di Colombo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda