Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka memperingati mangsa serangan Easter Sunday

    COLOMBO, 21 APRIL – Mangsa terselamat daripada pengeboman nekad di Sri Lanka yang membinasakan tahun lalu, hari ini mengadakan majlis memperingati ulang tahun serangan itu secara peribadi akibat lockdown koronavirus ketika negara itu bertafakur dua minit.

    Pandemik memaksa ketua Roman Katolik membatalkan majlis peringatan bagi 279 orang yang terbunuh di hotel dan gereja dalam serangan Easter Sunday. Sebaliknya, gereja-gereja di seluruh negara itu membunyikan loceng selama lima minit. Ia diikutif dengan dua minit tafakur antara 8:45 pagi—masa pengebom itu menyerang. Malah rangkaian televisyen juga senyap ketika penghormatan dibuat.

    Beberapa orang yang terselamat menghadiri acara tertututp di gereja St Sebastian’s di luar Colombo yang terkena serangan bom. Manakala di gereja St Anthony’s di ibu negara, penduduk berdoa di luar dan menyalakan lilin berhampiran memorial bagi 56 orang yang meninggal dunia di dalam gereja itu ketika kejadian berlaku. Kejadian pada 21 April tahun lalu menyaksikan tujuh orang pengikut kumpulan Islam masuk ke tiga buah gereja dan tiga buah hotel mewah ketika mass dan bufet sarapan pagi dan meledakkan ves bom mereka.

    Kematian termasuklah 45 orang asing manakala 600 terselamat walaupun mengalami kecederaan serius. – AFP

    Penganut Katolik Sri Lanka berdoa di luar gereja St.Anthony’s, salah satu tapak serangan pengeboman Easter Sunday pada 2019, pada memorial memperingati ulang tahun pertama serangan maut itu di Colombo, Sri Lanka, 21 April. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda