Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka minta bantuan Qatar atasi krisis tenaga

    NEW DELHI, 29 JUN – Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing.

    Menteri Sumber dan Tenaga Kanchana Wijesekera pada Selasa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Qatar Saad Bin Sherida Al Kaabi berhubung bekalan produk petroleum, termasuk gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).

    Wijesekera turut mengadakan pertemuan dengan Dana Qatar bagi Pembangunan untuk berbincang mengenai kemudahan kredit yang memungkinkan sebarang urusan pembelian tenaga. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda