Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sri Lanka rancang penstrukturan hutang, bantahan terus meningkat

    COLOMBO, 7 APRIL – Presiden Sri Lanka telah telah melantik panel pakar untuk merancang penstrukturan semula hutang asing ketika beliau berusaha keluar daripada kemelut ekonomi yang semakin teruk dan bantahan meluas menuntut peletakan jawatannya.

    Kekurangan makanan dan minyak dengan rekod inflasi dan bekalan elektrik yang sering terputus, mengakibatkan kesengsaraan ke atas rakyat Sri Lanka dalam kemelesetan ekonomi terburuk sejak kemerdekaan dari Britain dalam 1948.

    Agensi rating memberi amaran potensi satu tunggakan hutang asing bernilai AS$51 bilion negara itu, dengan pihak berkuasa tidak berjaya mendapatkan lebih banyak pinjaman komersial kerana penurunan kadar kreditnya.

    Pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa lewat kelmarin mengatakan sebuah panel penasihat tiga ahli ditugaskan membimbing Sri Lanka ke arah ‘pemulihan inklusif dan mapan.’

    Kerajaannya sedang bersiap sedia untuk rundingan suntikan kewangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pegawai kementerian kewangan memberitahu AFP, ahli panel sedang menyiapkan satu program untuk pemegang bon dan pemiutang lain bagi pengurangan nilai hutang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...