Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka sambut Hari Kemerdekaan ke-76

    COLOMBO, 4 FEB – Sri Lanka menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-76 hari ini dengan perarakan tentera.

    Presiden Ranil Wickremesinghe menyampaikan perutusan Hari Kemerdekaannya, menjemput semua rakyat Sri Lanka, di dalam dan luar negara, untuk menyumbang tenaga mereka untuk membangunkan semula negara.

    Wickremesinghe berkata kerajaan sedang mengemudi ekonomi ke arah kestabilan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.

    Beliau berkata Sri Lanka sedang mengatasi cabaran secara progresif, berikutan sokongan padu rakyat, yang mengharungi kesusahan selaras dengan program pembinaan semula negara jangka panjang yang komprehensif.

    Beliau juga menggesa rakyat supaya terus berada di landasan pemulihan ekonomi semasa dan memulihkan kemakmuran.

    Sementara itu, 754 orang banduan menerima pengampunan khas daripada presiden sempena sambutan itu. – Xinhua

    Srettha (tengah), duduk bersama Gunawaradane (kiri), dan Maithree, semasa upacara memperingati Hari Kemerdekaan Sri Lanka ke-76 di Colombo, Sri Lanka, pada 4 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda