Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka sedia hadapi monsun barat daya

    COLOMBO, 5 JUN – Jabatan Meteorologi Sri Lanka kelmarin meramalkan monsun barat daya berkemungkinan akan berlaku secara beransur-ansur di seluruh negara dalam beberapa hari akan datang.

    Menurut ramalan, hujan atau petir akan berlaku di wilayah Barat, Sabaragamuwa dan Tengah serta di daerah Galle dan Matara.

    Ia berkata hujan lebat melebihi 75mm berkemungkinan berlaku di beberapa tempat di wilayah Sabaragamuwa serta di daerah Galle, Matara dan Kalutara.

    “Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh angin kencang dan kilat semasa hujan petir,” katanya.

    Monsun barat daya membawa hujan terutamanya di bahagian barat daya Sri Lanka antara bulan Mei dan September, dengan amaran banjir dan tanah runtuh sering dikeluarkan dalam tempoh ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda