Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka tamatkan pembakaran mayat secara paksa

    COLOMBO, 26 FEB – Sri Lanka hari ini menamatkan pembakaran mayat secara paksa bagi orang yang meninggal dunia akibat koronavirus selepas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang melawat negara itu menggesa Colombo menghormati upacara pengebumian bagi minoriti Muslim pulau itu.

    Kerajaan pertama kali mengharamkan pengebumian dalam April atas kebimbangan – yang menurut pakar tidak berasas – oleh sami Buddha berpengaruh, mengatakan amalan itu akan mencemarkan air bawah tanah dan merebakkan virus.

    Dasar itu dibantah oleh ahli komuniti Muslim negara selatan Asia itu yang mewakili 10 peratus daripada 21 juta populasinya.

    Meskipun menteri kesihatan Pavithra Wanniarachchi tidak memberikan sebab bagi pengumuman menterbalikkan pengharaman itu, sumber rasmi mengatakan Khan membangkitkan perkara itu ketika pertemuan dengan kedua-dua Presiden Gotabaya Rajapaksa dan Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa dalam lawatannya awal minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda