Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sri Lanka teruskan operasi anti-narkotik

    COLOMBO, 18 JAN – Sri Lanka hari ini berikrar untuk meneruskan usaha anti-narkotik yang mencetuskan kontroversi selepas aduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebahagian daripada lebih 40,000 orang yang ditangkap telah diseksa dalam tahanan polis.

    Minggu lalu ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk, berkata Operasi Yuktiya – perkataan Sinhala untuk ‘keadilan’ – telah bertanggungjawab atas beberapa siri penyalahgunaan polis sejak ia bermula bulan lepas.

    Menteri Keselamatan Awam, Tiran Alles memberitahu sidang akhbar di Colombo dia tidak yakin dengan dakwaan itu dan berkata tindakan keras itu adalah demi kepentingan terbaik negara pulau itu.

    “Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami ‘okay, ini adalah insiden dan dapatkan jawapan kami,” katanya.

    Alles semasa bercakap pada sidang akhbar di Colombo kelmarin. – AFP

    “Mereka boleh mengeluarkan kenyataan, tetapi saya tidak akan menghentikan operasi ini,” tambahnya. “Kami tahu bahawa kami melakukan sesuatu yang baik untuk kanak-kanak negara ini, untuk wanita negara ini,” ujarnya.

    PBB berkata pasukan keselamatan dilaporkan telah melakukan penangkapan sewenang-wenangnya, pemeriksaan berbogel di tempat awam dan penyeksaan suspek dalam tahanan.

    Alles berkata hanya sekitar satu persepuluh daripada lebih 40,000 yang ditahan dalam kempen antidadah telah ditahan manakala yang lain telah diikat jamin untuk menghadapi pertuduhan memiliki jenayah.

    Beliau mendakwa, operasi itu menyaksikan penurunan ketara dalam jumlah narkotik yang terdapat di jalanan sejak Disember. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...