Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka tunda pilihan raya

    COLOMBO, 24 FEB – Suruhanjaya pilihan raya bebas Sri Lanka hari ini secara mengejut menunda pilihan raya selepas presiden – yang dilantik oleh parlimen tahun lalu selepas presiden sebelum ini melarikan diri – enggan membiayai undian.

    Pengundian pada 9 Mac hanya akan memilih anggota Majlis Perbandaran tempatan tetapi ia akan menjadi ujian pilihan raya pertama buat Ranil Wickremesinghe sejak dia dilantik pada Julai selepas bantahan selama berbulan-bulan disebabkan oleh krisis ekonomi negara itu.

    Tetapi lima anggota panel suruhanjaya pilihan raya berkata undian tidak akan diadakan seperti yang dijadualkan kerana pentadbiran Wickremensinghe enggan memberikan peruntukan AS$27 juta yang diperlukan serta bantuan logistik.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas Wickremesinghe memberi amaran di parlimen bahawa penganjuran pilihan raya semasa krisis ekonomi boleh membawa bencana.

    “Kita tidak akan mempunyai negara sekiranya ekonomi tidak membangun,” katanya.

    Wickremesinghe, yang mengantikan Gotabaya Rajapaksa selepas pembantah menyerbu istana presiden, telah meningkatkan cukai dan harga dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman IMF.

    Sri Lanka sudah lebih setahun mengalami kekurangan bekalan barangan penting serta inflasi, dan pada April gagal membayar hutang luar negara bernilai AS$46 bilion. – AFP

    Tentera mengawal ketika pembantah antikerajaan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya tempatan di luar Sekretariat Pilihan raya di Colombo pada 22 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda