Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka usaha pulihkan krisis ekonomi

    SRI LANKA, 10 JAN – Kerajaan Sri Lanka berkata akan mengurangkan perbelanjaan dalam usaha penjimatan terbaharu bagi membantunya pulih daripada krisis ekonomi terburuknya.

    Jurucakap kerajaan dan Menteri Media, Bandula Gunawardena berkata belanjawan tahunan setiap kementerian akan dipotong 5 peratus.

    Beliau berkata bahawa kerajaan giat berusaha yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan lain juga.

    Parlimen Sri Lanka bulan lepas meluluskan belanjawan AS$15 bilion, yang memperuntukkan penstrukturan semula perusahaan milik kerajaan, mengurangkan subsidi untuk elektrik, dan meningkatkan cukai untuk meningkatkan pendapatan berdasarkan cadangan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa masih di bawah jumlah AS$2.9 bilion sebagai pelan asal yang diperlukan.

    Hutang kerajaan yang tidak terbendung, krisis imbangan pembayaran yang teruk dan kesan pandemik COVID menyebabkan kekurangan keperluan penting seperti bahan api, ubat-ubatan dan makanan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda