Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Sri Pahang berjaya sekat kemaraan Sabah

KUANTAN, 13 MAC – Prestasi baik ditampilkan benteng pertahanan membolehkan Sri Pahang FC mengikat kemaraan Sabah FC dengan keputusan seri 1-1 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad bagaimanapun mengakui masih terdapat kelalaian perlu diperbaiki skuad Tok Gajah di bahagian berkenaan yang boleh mengundang padah jika mereka terus mengulangi kesilapan sama pada perlawanan seterusnya.

“Bahagian pertahanan mampu beraksi dengan baik setakat ini, walau apa pun formasi yang digunakan, ada masanya mereka lalai.

“Seharusnya mereka lebih pintar dalam menjaga kawasan dan mengawasi bola kerana ada percubaan berbahaya dilakukan pihak lawan,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, gol Sri Pahang FC dijaringkan penyerang import Kpah Sean Sherman pada minit ke-25, selepas pasukan itu bangkit memperbaiki rentak perlawanan setelah dikejutkan dengan gol Sang Badak pada minit ke-14 menerusi tandukan Daniel Sang Ting.

Fandi berkata secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya kerana berjaya mendapatkan semula rentak untuk menyaingi pihak lawan selepas bermain agak perlahan pada permulaan perlawanan. – Bernama

Pemain Sri Pahang FC, Stefano Brundo (kanan) diasak oleh pemain Sabah FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -