Monday, March 10, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SRK akui takut jatuh miskin

    Tiada bantuan ‘orang dalam’, Shah Rukh Khan (SRK) merupakan salah seorang pelakon Bollywood yang bekerja keras dari awal kariernya sehingga sekarang.

    Memetik laporan Murai.My, sama seperti orang lain, kehidupan SRK sebagai pelakon ada naik turunnya. Disebabkan itu, dia berjanji untuk bekerja lebih keras supaya tidak lagi melalui masa sulit seperti dahulu lagi.

    Tidak malu untuk berkongsi mengenai kehidupan dan kegagalannya, SRK pernah akui dia takut akan kemiskinan dan kegagalan kerana dia pernah merasainya ketika waktu kecilnya.

    “Saya sangat takutkan kegagalan. Lahir dalam keluarga kelas bawah, saya banyak melihat kegagalan. Bukan itu saja, kami sekeluarga pernah diusir daripada rumah kerana tak mampu bayar sewa. Kemiskinan membawa rasa takut, stres dan kadang depresi.”

    Mempunyai perasaan takut untuk menjadi miskin ini turut menjejaskan hidup SRK. Daripada membuat filem yang berkualiti dan disukai, dia lebih memilih melakukannya untuk mendapatkan wang.

    “Saya membintangi banyak filem kerana saya takut jadi miskin dan bukannya kerana laku. Saya buat semuanya untuk elak menganggur dan akhirnya masa menyebelahi saya, saya menjadi bintang.”

    Di sebalik kejayaannya, SRK sehingga sekarang menjadi tumpuan dan antara pelakon yang sangat terkenal di India serta seluruh dunia. – Agensi

    SRK dan keluarga pernah diusir dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa. – independent
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda