Pelakon Shah Rukh Khan (SRK) berhasrat menggandingkan anak bongsunya, AbRam Khan dengan putera sulung Kareena Kapoor iaitu Taimur Ali Khan dalam sebuah filem.
Memetik laporan Hindustantimes, SRK berkata dia mahu merealisasikan rancangan itu kerana Kareena pernah menyuarakan impian untuk bekerjasama dengan keluarganya.
“Disebabkan awak (Kareena) pernah berkata yang saya jarang bekerjasama dengan jejaka Kapoor, jadi kita akan satukan Kapoor (Taimur) dan Khan (AbRam) dalam satu projek,” kata SRK.
Dalam pada itu, Kareena yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan mengakui anaknya dan SRK mempunyai wajah yang sangat kacak.
“Kita harus lakukan! Dan mereka berdua mempunyai wajah yang sangat kacak,” kata Kareena.
Untuk rekod, SRK mempunyai dua orang anak lagi iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan hasil perkahwinan dengan Gauri Khan. – Agensi