Ramai yang tahu King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja popular di India, malah luar negara. Reputasinya sebagai pelakon popular telah membuatkan ramai selebriti antarabangsa mahu mengenali dan berkawan dengannya termasuklah Jackie Chan.
Memetik laporan Murai.My dalam salah satu temu bual lamanya, SRK pernah mengimbau semula perbualannya dengan pelakon aksi dari Hong Kong itu mengenai janji mereka mahu membuka restoran bersama.
“Dia (Jackie) berjanji untuk membuka restoran Cina dengan saya sebagai rakan kongsinya dan dia belum melakukannya lagi!”
Mengenangkan rancangan mereka untuk membuka restoran Cina bersama, SRK secara berjenaka mendesak Jackie untuk menepati janjinya itu.
Selain itu, SRK juga melahirkan rasa kagum terhadap pelakon kegemarannya iaitu Jackie Chan. Dia juga berkata bahawa ketika Aryan dilahirkan, dia merasakan anak sulungnya itu memiliki persamaan dengan pelakon Hong Kong itu.
“Jika saya perlu menamakan pelakon kegemaran saya sepanjang zaman, Jackie Chan berada di senarai teratas. Dia sangat lucu, berbakat dan pelakon aksi yang sangat hebat!
Untuk rekod, Jackie Chan antara pilihan pelakon kegemaran SRK, bersama ikon lain seperti Michael J. Fox, Al Pacino dan Robert De Niro. Pengaruh Jackie terhadap kehidupan dan kerjaya SRK telah menjadikan dia sebagai tokoh yang dihargai dalam dunia filem.
Pada masa yang sama, SRK turut mengimbau pertemuannya dengan pelakon Jackie Chan beberapa tahun lalu di Arab Saudi. King of Bollywood itu menyifatkan Jackie Chan sebagai seorang lelaki yang manis dan merendah diri seperti apa yang dia bayangkan. – Agensi


