Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    SRK kini sertai kelab bilionair

    King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah menyertai kelab jutawan buat pertama kali, menjadi salah seorang pelakon terkaya di dunia, menurut senarai Forbes yang baharu.

    Nilai bersih aktor berusia 59 itu dianggarkan berjumlah AS$1.4 bilion (RM5,910,800,000), menurut Hurun India Rich List 2025 iaitu ranking tahunan individu terkaya di India.

    Penyertaan dalam senarai itu meletakkan SRK dalam liga selebriti global seperti Arnold Schwarzenegger, bintang pop Rihanna, pemain golf Tiger Woods dan penyanyi Taylor Swift yang nilai bersihnya sekitar AS$1.6 bilion (RM6,755,200,000) oleh majalah Forbes.

    Selain SRK terdapat juga selebriti India dalam senarai Forbes itu juga, iaitu Juhi Chawla, Hrithik Roshan, Amitabh Bachchan dan pengarah filem Karan Johar.

    Memetik laporan Murai.My, sering digelar sebagai King of Bollywood, SRK telah menghabiskan lebih daripada tiga dekad dalam industri filem Hindi dan mencipta semula dirinya daripada menjadi pelakon kepada mengendalikan rumah produksi utama dan memiliki pasukan kriket.

    “Status bilionair SRK didorong terutamanya oleh kepentingannya dalam Red Chillies Entertainment (syarikat produksinya) dan Knight Rider Sports (kelab kriket IPLnya),” kongsi Anas Rahman Junaid, pengasas dan ketua penyelidik di Hurun India.

    Untuk pengetahuan semua, sumber pendapatan SRK yang lainnya termasuk pendapatan filem, iklan serta pelaburan yang dilaporkan dalam hartanah di seluruh dunia.

    “Apabila ekonomi India semakin matang dan bergerak ke peringkat seterusnya penciptaan kekayaan, kami melihat pusat nilai baharu muncul melangkaui sektor tradisional seperti pembuatan, IT dan perbankan,” kongsi Anas Rahman Junaid.

    Jumlah keseluruhan jutawan India telah melepasi 350 tahun ini dengan bilionair Mukesh Ambani dan Gautam Adani mengekalkan dua tempat teratas menurut Hurun India. – Agensi

    SRK tersenarai dalam Forbes dengan nilai bersih sekitar AS$1.4 bilion. – IG SRK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda