Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    SSSRU: 64 pelajar terbaik diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, 64 pelajar Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong telah diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi Darjah 6 Tahun1445H/2023M yang diadakan di Art Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang diraikan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Awang Norimy bin Haji Ahad dan bacaan Surah Al-Mulk oleh Dayang Asma’ binti Haji Noor Nasran / Abdullah, diikuti ucapan alu-aluan disampaikan oleh pengerusi majlis, Guru Besar Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong, Hajah Noraidah binti Haji Tengah.

    Acara turut diserikan dengan pelbagai persembahan oleh murid-murid sekolah berkenaan sebelum berakhir dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar. – GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda