Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ST lupus 1,224 barangan rampasan bernilai RM100,000 di Sabah

    KOTA KINABALU, 21 NOV – Suruhanjaya Tenaga (ST) melupuskan 1,224 barangan rampasan bernilai lebih RM100,000 di pusat pembuangan dan pelupusan logam di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

    ST dalam kenyataan memaklumkan Timbalan Pengarahnya Nik Mohd Bakhry Abu Bakar menyaksikan pelupusan barangan rampasan tersebut yang melibatkan kes dalam Ops Curi Elektrik, Ops Kelengkapan Elektrik dan Kes Kemalangan Elektrik.

    “Pelupusan barang rampasan ini dilakukan berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah yang melibatkan 13 kertas siasatan yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun,” menurut kenyataan itu.

    Menurut ST pihaknya telah melantik sebuah syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pengurusan pelupusan e-sisa itu dilaksanakan secara lestari sekali gus mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. – Bernama

    Antara barangan rampasan dilupuskan di pusat pembuangan dan pelupusan logam di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah. – Facebook
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda