Kumpulan pop Indonesia, ST12 sukar menafikan keserasian yang tercipta bersama bekas vokalis, Charly Van Houten biarpun sudah lebih sedekad meninggalkan kumpulan itu.
Berikutan itu, ST12 yang kini dianggotai Ilham Febry (Pepep) selaku pemain dram dan Indra (bass) tidak mahu mengetepikan hakikat, permintaan untuk mereka bersatu semula tidak pernah padam.
Membuang jauh ego dan mengetepikan perbezaan misi serta visi yang menjadi punca Charly serta Pepeng berundur daripada ST12 pada 2011.
Kemudiannya, anggota asal kumpulan itu kembali bersatu pada 2019 untuk merakamkan album baharu dengan memperkenalkan single Jangan Marah-Marah.
Namun, disebabkan masalah kontrak antara label menyukarkan mereka bergerak sebagai satu kumpulan. Usaha itu hanya tinggal sebagai projek reunion.
Bagaimanapun, kata Pepep, projek itu mempunyai signifikan tersendiri, apatah lagi, ia bagaikan penghargaan terhadap sokongan peminat sejak ST12 mula bertapak dalam industri muzik pada 2004.
Lebih dilihat sebagai projek melepas rindu peminat, kolaborasi antara Pepep bersama Charly dan Pepeng tidak terhenti di situ. Mereka kembali semula dengan melahirkan single Tujuh Tahun dilancarkan pada 7 Julai tahun lalu.
ST12 dianggotai Pepep dan Indra tidak mampu mengetepikan hakikat, permintaan untuk ST12 dan Charly bersatu semula tidak pernah padam.
Berbicara mengenai karya, Pepep berkata, ia tiada batasan. Malah, menerusi karya juga mereka dapat membuatkan orang lain bahagia.
Katanya, kebahagiaan akan diterjemahkan dalam Konsert Reunion ST12 20 Tahun Charly Berkarya yang bakal direalisasikan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Mac ini. – Agensi