Thursday, November 21, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stadium Negara Hassanal Bolkiah diterangi lampu biru sempena sambutan WCD 2024

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Negara Brunei Darussalam memeriahkan lagi Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia (WCD) 2024 yang diraikan pada setiap 20 November dengan menyalakan lampu berwarna biru di beberapa buah lokasi utama iaitu Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dan Bangunan Stadium Negara Hassanal
    Bolkiah.

    Penyalaan lampu berkenaan akan berlangsung dari 20 November hingga 22 November bermula pukul 7 malam hingga pukul 12 tengah malam setiap malam.

    Penyalaan lampu itu adalah sebagai sokongan dan peringatan terhadap Sambutan WCD sekali gus mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam meratifikasi Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (CRC).

    Sambutan WCD 2024 membawa tema Setiap kanak-kanak punya hak.

    Pemilihan warna biru adalah bersempena warna tema WCD yang juga merupakan warna rasmi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF). Penyalaan warna terang itu, mewakili perpaduan dalam memperjuangkan hak serta kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia.

    Orang ramai digalakkan untuk mengambil gambar lokasi-lokasi berkenaan yang diterangi lampu biru dan memuat naiknya ke media sosial dengan menggunakan hashtag #WCD2024, serta seruan berganding-bahu untuk menghormati dan melindungi hak setiap
    kanak-kanak.

    Bangunan Stadium Negara Hassanal Bolkiah diterangi lampu biru sempena sambutan WCD 2024 kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda