Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stadium utama Olimpik Rio kini terbiar

    RIO DE JANEIRO, 20 Jan – Ia dihormati sebagai kuil bagi sukan yang cantik itu, namun tuhan bola sepak telah meninggalkan stadium legenda Brazil Maracana selepas Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016.

    Rumput padang sudah menguning, tempat duduk berkarat dan pencuri telah mencuri kerusi, gejala keadaan kucar-kacir yang telah meninggalkan mercu tanda di Rio de Janeiro ini terbiar.

    Rio ialah sebuah bandar miskin, kebanyakan penghuninya hidup untuk bola sepak. Namun mereka tidak boleh menyaksikan perlawanan dalam stadium paling hebat dalam keadaannya yang kopak-kopik sekarang.

    Dua pasukan teratas yang berkongsinya penggunaannya, Flamengo dan Fluminense, perlu mencari tempat akternatif untuk bermain apabila musim liga bermula pada minggu depan.

    Pertama dibuka pada 1950, Stadium Maracana dengan 79,000 tempat duduk diperbaharui sebelum Piala Dunia 2014 dengan kos AS$372 juta, dua kali lebih banyak daripada belanjawan asal, dalam satu projek yang dicemari oleh dakwaan rasuah.

    Keadaan di luar Stadium Maracana di Rio de Janeiro yang terbiar dan tidak diselenggarakan. – AFP
    Keadaan di luar Stadium Maracana di Rio de Janeiro yang terbiar dan tidak diselenggarakan. – AFP

    Stadium itu bergemerlapan empat bulan lalu ketika Olimpik musim panas tatkala Rio menjadi tumpuan sukan dunia.

    Sekarang bekalan elektrik telah diputuskan.

    “Situasi ini adalah amat membimbangkan. Setiap hari keadaan stadium semakin merosot,” kata presiden Flamengo, Eduardo Bandeira.

    Pelbagai pihak yang terbabit dalam pengendalian dan penggunaan stadium tidak bersetuju mengenai siapa yang harus mengendali penyelenggaraan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda