Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Stamina Shila Amzah tak macam dulu

    Baru sahaja habis tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat kembali aktif bermain sukan badminton.

    Dalam keterujaan dapat bersukan, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, meluahkan rasa kecewa apabila keupayaan fizikalnya tidak lagi secergas dahulu.

    Jelasnya, dia mengalami kesakitan pada sendi kerana terlalu lama berehat selepas bersalin.

    “Terujanya dapat main badminton balik! Tapi bila baru lepas beranak ini kan, semua sendi-sendi terasa longgar.

    “Baru latihan tenis petang tadi pun dah tak rasa lutut,” katanya.

    Shila mengakui staminanya tidak seperti dahulu. – The Star

    Menurut mStar, Shila menulis perkara itu dalam satu hantaran di akaun X miliknya.

    Sebelum ini, Shila bersalin anak keduanya melalui kaedah pembedahan susulan tali pusat anak damit terbelit di bahagian muka pada 9 Mei lalu.

    Dalam pada itu, Shila memberitahu kesakitan itu berpunca daripada penghasilan hormon relaksin akibat bersalin.

    Menurutnya, keadaan itu mengambil masa selama setahun untuk pulih seperti sedia kala.

    “Ia disebabkan oleh hormon relaksin, lebih kurang setahun baru boleh kembali normal. Saya rasa kena pakai knee guard untuk keselamatan,” ujarnya.

    Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira.

    Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...