Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stan Wawrinka tundukkan Thiem

    INDIAN WELLS, Amerika Syarikat (AS), 17 Mac – Juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka mara ke separuh akhir ATP Indian Wells Masters buat kali pertama semalam dengan kemenangan tiga set ke atas pemain pilihan kelapan, Dominic Thiem.

    Pemain pilihan ketiga dari Switzerland, Wawrinka, yang beraksi dalam kejohanan pertamanya di AS sejak kejayaannya pada Terbuka AS tahun lepas, bersaing selama dua setengah jam untuk mengatasi bintang dari Austria 6-4, 4-6, 7-6 (7/2) dan menempah tempat menentang Pablo Carreno Busta dari Sepanyol.

    Carreno Busta menyelamatkan dua mata penamat dalam laluan kemenangan 6-1, 3-6, 7-6 (7/4) ke atas Pablo Cuevas dari Uruguay.

    Stan Wawrinka dari Switzerland, membalas pukulan Dominic Thiem dan berjaya menewaskan Thiem 6-4, 4-6, 7-6 (7/2). – AP
    Stan Wawrinka dari Switzerland, membalas pukulan Dominic Thiem dan berjaya menewaskan Thiem 6-4, 4-6, 7-6 (7/2). – AP

    Wawrinka, 31, mencatatkan kemenangan ATP ke-450 sepanjang kerjayanya dan menghidupkan harapan bagi merebut gelaran Master elit kedua bersama kemenangan Monte Carlo 2014.

    “Persaingan begitu sengit malam ini,” kata Wawrinka. “Saya merasa gembira dengan cara saya beraksi, cara saya mencari laluan untuk memenanginya.

    “Dia seorang pemain yang kuat, perlawanan yang sukar, saya rasa secara umumnya kami beraksi pada peringkat tinggi, dan perlawanan hanyalah satu, dua mata.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda