Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dirasai apabila rumah dan pejabat terbuka bagi mengalu-alukan tetamu bagi sama-sama meraikan kemenangan setelah menjalankan ibadah puasa dan seterusnya mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.
Dalam menyambut kemeriahan sambutan Hari Raya itu, Bank Standard Chartered, hari ini, telah menghoskan Rumah Terbuka Hari Raya di Tarindak D’Polo, Jerudong dengan kehadiran lebih 500 tetamu termasuk pihak berkepentingan, ahli bersekutu dan juga klien.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim antara lain mengongsikan, perasaan gembira dan berbesar hati kerana dapat meraikan Hari Raya dengan pihak berkepentingan dan klien bank berkenaan.
Tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan enak sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Hari Raya yang turut menambahkan lagi kemeriahan sambutan tersebut.
Selain memenuhi undangan rumah terbuka StanChart, tetamu yang hadir juga berpeluang menjalin rangkaian hubungan dan seterusnya bertukar-tukar idea dengan tetamu yang lain.
Semua di atas: Gambar ramai Pengiran Aki Ismasufian bersama antara jemputan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

Semua di atas: Antara jemputan yang hadir. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI