Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    StanChart Brunei kongsi tinjauan ekonomi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Lebih 100 pelanggan korporat dan pihak berkepentingan Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei, kelmarin, menghadiri Taklimat Penyelidikan Global tahunan yang berlangsung di Indera Samudra Ballroom, The Empire Brunei.

    Taklimat khusus untuk pelanggan korporat dan pihak berkepentingan itu telah melihat ahli ekonomi kanan daripada rangkaian global berkongsi tinjauan dan pandangan mereka untuk tahun akan datang.

    Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid telah menyampaikan ucaptama di majlis itu.

    Semasa persidangan pada sebelah pagi dengan tema A Year of Two Halves, Ketua Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan, Edward Lee dan Ketua Asia FX Research, Divya Devesh telah berkongsi pandangan mengenai tinjauan ekonomi Brunei dan global untuk tahun ini dan membincangkan strategi iklim semasa perniagaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim menjelaskan, “Dengan krisis pandemik sekarang, saya mempunyai pandangan positif dan optimistik untuk tahun hadapan.

    “Kami akan terus memacu pertumbuhan dalam bidang utama perniagaan kami, memperkasa perkhidmatan dan kakitangan kami dengan memberikan yang terbaik kepada pelanggan sambil membantu memanfaatkan rangkaian kami,” tambahnya.

    Selain itu, pihak bank akan terus menawarkan platform perbankan digital terkemuka yang menyediakan penyelesaian bersepadu bagi perniagaan dan individu.

    Pengiran Aki Ismasufian semasa menyam-paikan ucapannya.
    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin semasa menyampaikan ucaptama di majlis itu.
    Ahli-ahli panel semasa majlis yang berlangsung di The Empire Brunei.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...