Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Bagi mengucapkan terima kasih serta menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan orang ramai, Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei telah mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) di Ballroom, Hua Ho Manggis Mall, kelmarin.
Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pelanggan, ahli persatuan perniagaan, ahli korporat, duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi luar negara ke Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan bank yang merangkumi 600 jemputan.
Para jemputan tersebut telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim. Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu diadakan untuk memberi peluang kepada bank berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak berkepentingan yang menyambut perayaan itu, serta sebagai penghargaan kepada semua atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka kepada StanChart.
