Thursday, November 14, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart Brunei tawar promosi menarik

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Dalam memeriahkan suasana menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, Bank Standard Chartered (StanChart) menawarkan promosi menarik menerusi Weekend Raya Rush pada hujung minggu ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, StanChart menjelaskan bahawa pemegang kad kredit StanChart berpeluang menerima pulangan tunai 10 peratus apabila mereka membelanjakan jumlah minimum di tiga buah pasar raya yang mengambil bahagian pada promosi tersebut iaitu Gedung Perniagaan Hua Ho dan Soon Lee, bagi cawangan yang terpilih sahaja, serta Supasave.

    Promosi hebat berkenaan berlangsung selama tiga hari sahaja bermula esok.

    Hanya transaksi pertama yang dibuat di mana-mana cawangan pasar raya yang mengambil bahagian akan layak mendapat pulangan tunai untuk setiap pemegang kad utama. Jumlah pulangan tunai yang layak akan dihadkan pada $100 bagi setiap pemegang kad utama.

    Kedai-kedai pasar raya yang mengambil bahagian ialah Gedung Perniagaan Hua Ho Sengkurong, Yayasan, Manggis dan Tanjung Bunut; Soon Lee Lambak (tidak termasuk Grand), Gadong dan Kuala Belait; dan Supasave Beribi, One Riverside, Mabohai dan Seria.

    Promosi layak untuk pemegang kad kredit Visa dan Mastercard StanChart. Pulangan tunai gabungan akan ditunjukkan pada penyata kad kredit pelanggan pada Jun 2023.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda