Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    StanChart Brunei terima anugerah Bank Digital Terbaik kali ke-10

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei buat kali ke-10 telah memenangi Bank Digital Terbaik di bawah Anugerah Inovasi Perbankan Runcit Global daripada The Digital Banker.

    Ketua Produk Runcit dan Digital StanChart, Aisah Razali dipetik berkata, “Anugerah ini menunjukkan dedikasi dan usaha yang telah dilakukan oleh pasukan dalam keseluruhan proses untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar di seluruh platform digital.

    “Keupayaan perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih SC kami dibina dengan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan perbankan mengikut keselesaan mereka, dan kami kekal komited bagi memanfaatkan teknologi terbaik untuk merapatkan saluran digital dan manusia serta meningkatkan tumpuan pelanggan dan penyampaian perkhidmatan,” tambah beliau.

    Dari 15 September hingga 31 Disember, pelanggan StanChart berpeluang memenangi hadiah teknologi hebat setiap bulan apabila mereka menggunakan ciri Bantuan & Perkhidmatan dalam aplikasi mudah alih SC atau melakukan sebarang pemindahan dana.

    StanChart ialah satu-satunya bank di mana pelanggan boleh melihat portfolio pelaburan yang dikemas kini dalam talian dan menebus mata kad kredit serta-merta untuk pembelian kad kredit atau pemindahan ke program kesetiaan global.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...