Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    StanChart capai pulangan dua digit

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Kumpulan Standard Chartered (StanChart) mencapai pulangan dua digit atas Tangible Equity (RoTE) iaitu 10.1 peratus, menunjukkan komitmen bank terhadap kecemerlangan.

    Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Kumpulan Bank StanChart, Dr Jose Vinals, dalam siaran akhbar yang dikeluarkan oleh bank berkenaan hari ini.

    Dr Jose Vinals berkata objektif bank adalah untuk meningkatkan pendapatan dengan cara yang kukuh, selamat dan mampan, sambil mengekalkan disiplin kos dan modal.

    “Kami yakin bahawa peningkatan RoTE yang mencapai 10.1 peratus pada 2023, dan akan menjadi mercu tanda dalam perjalanan ke arah kejayaan jangka panjang bagi Kumpulan, dengan disokong oleh prestasi kukuh di seluruh perniagaan,” katanya.

    Beliau juga berkata bank telah mencatatkan peningkatan sebanyak 13 peratus pada asas mata wang yang berterusan sambil mengekalkan kedudukan modal dan kecairan kukuh serta pendapatan kepada kos yang positif.

    GAMBAR SERAHAN STANCHART

    “Di samping itu, kami menjangkakan RoTE kami akan terus meningkat daripada 10 peratus dan menyasarkan 12 peratus pada 2026, dan berkembang selepas itu,” tambahnya.

    Sementara itu, ketua pegawai eksekutif bank berkenaan, Bill Winter, menjelaskan strategi bank direka untuk mencapai matlamat iaitu memacu perdagangan dan kemakmuran melalui kepelbagaian yang unik.

    “Jejak unik kami merentasi pasaran paling dinamik di dunia telah memberi kami kelebihan strategik dan menyokong keyakinan kami bahawa kami boleh terus berkembang walaupun dalam persekitaran kadar faedah yang kurang memberangsangkan,” katanya.

    Beliau juga berkata objektif bank adalah untuk memastikan pertumbuhan pendapatan diterjemahkan kepada keuntungan yang lebih tinggi dari segi struktur, menyeimbangkan antara mengekalkan kepelbagaian yang dihargai pelanggan kami, sementara menghapus kerumitan yang tidak perlu dan pulangan yang perlahan.

    Walaupun menghadapi cabaran global, StanChart menjangkakan soft landing bagi ekonomi dunia pada 2024 dan kekal yakin dalam mengharungi ketidaktentuan.

    Keputusan bank pada tahun 2023 telah mencerminkan keupayaan untuk memberikan kecemerlangan untuk pelanggan dan nilai yang mampan untuk para pemegang saham, mengukuhkan komitmen mereka untuk masa depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...