Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart hargai sumbangan kakitangan

    Oleh Nurdiyanah R.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Standard Chartered (StanChart) Brunei baru-baru ini mengadakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-65 dengan menghimpunkan hampir 200 orang pekerja bank tersebut di Hotel Mulia.

    Dengan tema Black Tie, para pegawai dan kakitangan bank berbusana glamor dan majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah istimewa serta persembahan-persembahan menarik.

    Sebanyak 65 hadiah cabutan bertuah turut disediakan pada majlis berkenaan berupa tiket-tiket ke destinasi pelancongan termasuk tanggungan perbelanjaan dengan hadiah utama berupa baucar Royal Brunei Travel bernilai $2,000.

    Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim berkata, ini merupakan tahun yang hebat dan mereka begitu bersyukur kerana dapat bersama-sama meraikan beberapa peristiwa penting yang telah dicapai sepanjang tahun hasil kerja keras setiap rakan sekerja bank tersebut.

    Beliau turut mengungkapkan harapan untuk menantikan satu lagi tahun mendatang yang menarik di mana mereka dapat meraih lebih banyak pencapaian seterusnya.

    Majlis turut menyaksikan upacara memotong kek oleh pasukan pengurusan negara dan penyampaian pengiktirafan anugerah perkhidmatan selama lima tahun, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan 25 tahun sekali gus menandakan penghargaan yang tidak terhingga atas segala kesetiaan dan komitmen kepada bank tersebut.

    Upacara memotong kek oleh pasukan pengurusan negara turut diadakan. – GAMBAR SERAHAN STANCHART
    Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah perkhidmatan lama. – GAMBAR SERAHAN STANCHART

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda