Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart lancar promosi Bonus$aver

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Bank Standard Chartered (StanChart) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran promosi Bonus$aver yang sangat dinanti-nantikan dengan tempoh sah bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2024.

    Promosi eksklusif ini direka untuk memperkasakan pelanggan perbankan runcit sedia ada dan baharu dengan kadar faedah bonus yang lumayan.

    Terbuka kepada pelanggan yang mempunyai simpanan BND aktif dan akaun semasa BND, Bonus$aver menawarkan peluang luar biasa untuk meningkatkan simpanan melalui penambahan Baki Bulanan Purata (AMB) dalam dana baharu.

    Pelanggan yang layak akan menikmati kadar faedah bonus yang distrukturkan iaitu kenaikan $50,000 kepada $100,000 : 0.5 peratus faedah bonus; kenaikan $100,000.01 kepada $200,000 : 1.5 peratus faedah bonus; dan baki melebihi $200,000.01 : faedah bonus sebanyak 2.5 peratus yang cukup mengagumkan.

    Promosi ini menekankan komitmen bank yang tidak berbelah bahagi untuk memberi ganjaran kepada tingkah laku kewangan yang berhemat dan memperkasakan pelanggan untuk mencapai matlamat simpanan mereka.

    Ini sama ada menyimpan untuk aspirasi jangka pendek atau keselamatan kewangan jangka panjang, Bonus$aver menyediakan laluan untuk memaksimumkan pulangan ke atas simpanan.

    Ketua Perbankan Perniagaan dan Pengguna Swasta, Bank StanChart, Brenda Low berkata di bank berkenaan, mereka percaya dalam membina nilai untuk para pelanggan.

    “Promosi ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memberi ganjaran kepada kehematan kewangan pelanggan kami dan menyokong perjalanan mereka ke arah kesejahteraan kewangan. Dengan membina simpanan tunai dan memperoleh faedah tambahan ke atas baki mereka, pelanggan boleh memilih untuk beralih kepada pelaburan atau kekal berasaskan pegangan tunai mereka,” ujarnya.

    Oleh yang demikian, para pelanggan perbankan runcit sedia ada dan baharu digalakkan untuk merebut peluang masa terhad ini untuk membuka kunci kadar faedah bonus eksklusif dan mengoptimumkan potensi simpanan mereka dengan promosi Bonus$aver.

    GAMBAR SERAHAN STANCHART
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda