Sunday, September 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart lancar promosi menarik di Supa Save Mabohai

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Para pelanggan yang berminat atau bakal pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai tawaran istimewa serta promosi terkini Bank Standard Chartered (StanChart) semasa jerayawara yang diadakan di Supa Save Mabohai bermula hari ini hingga akhir Julai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, StanChart akan mengetengahkan promosi terkininya bagi pinjaman peribadi dengan kadar menarik serta kad kredit, yang termasuk pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun.

    Di samping itu, mana-mana pendaftaran yang berjaya bagi produk dan perkhidmatan bank semasa jerayawara itu akan menerima hadiah eksklusif termasuk baucar membeli-belah dan pelbagai barangan bank.

    Para pengunjung digalakkan untuk mengunjungi petak StanChart di Supa Save Mabohai pada hujung minggu ini.

    Jerayawara berkenaan merupakan acara yang amat baik untuk memohon kad kredit, pinjaman peribadi, membuka akaun atau memindah gaji dengan mudah.

    Pasukan bank akan berada di jerayawara berkenaan untuk membantu menjawab sebarang persoalan dan membimbing pengunjung menerusi proses permohonan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda