Sunday, March 9, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart lancar promosi menarik sempena Ramadan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Standard Chartered (StanChart) Brunei sedang melancarkan promosi kad kredit eksklusif yang memberi ganjaran kepada pemegang kad dengan rebat tunai sehingga 50 peratus apabila mereka menjamu selera dengan kad kredit StanChart mereka pada bulan Ramadan yang mulia ini.

    Promosi ini hanya digunapakai pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 8 hingga 30 Mac ini. Untuk melayakkan diri menyertai promosi ini, pelanggan mesti berbelanja pada kadar minimum di mana-mana rakan-rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam tempoh promosi.

    Rakan-rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuk Restoran Anjung Saujana, Coffee Bean & Tea Leaf, Emperor’s Court, Restoran iLotus, Margherita Pizzeria, Restoran Tandoor dan banyak lagi.

    Jumlah rebat tunai bagi setiap pemegang kad yang berlayakan bergantung pada jenis kad kredit, iaitu 50 peratus rebat tunai untuk kad kredit StanChart Visa Infinite; 35 peratus rebat tunai untuk kad kredit StanChart Visa Platinum dan Hua Ho Platinum Mastercard; dan rebat tunai 15 peratus untuk kad kredit StanChart Visa Gold dan Mastercard Gold.

    Rebat tunai akan dihadkan pada $50 dan terhad kepada transaksi pertama bagi setiap pemegang kad setiap hari di mana rebat tunai akan ditunjukkan pada penyata kad kredit pelanggan pada Mei 2025.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda