Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart rai pemenang Kempen Pan Bank

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Standard Chartered (StanChart) Brunei telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi meraikan pemenang-pemenang bertuah bulan kedua bagi Kempen Pan Bank yang berlangsung di Priority Centre, Cawangan Gadong bank berkenaan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, menyatakan insiatif berkenaan adalah bagi menghargai klien yang terlibat aktif dengan barisan komprehensif penyelesaian kewangan bank berkenaan seperti mendaftar bagi produk atau perkhidmatan baharu, mendaftar kepada pelaburan, melaksanakan aktiviti digital serta menggunakan kad kredit StanChart.

    Kempen itu berjalan sehingga 31 Mei di mana klien boleh mengumpul penyertaan untuk memenangi hadiah utama berupa pelaburan bernilai $50,000 dan hadiah-hadiah bulanan menarik.

    Ketua Produk, Runcit dan Digital, Dayang Aisah Razali dipetik menyatakan di StanChart, mereka adalah sentiasa komited untuk menyediakan pengalaman perbankan yang menguntungkan dan lancar.

    Kempen itu, jelasnya, direka untuk menggalakkan klien mereka untuk meneroka barisan penuh penyelesaian perbankan yang disediakan kepada mereka, menjadikan transaksi harian lebih menguntungkan.

    Pihaknya sangat teruja untuk memberikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang memenangi hadiah menarik bulan ini serta menggalakkan klien mereka yang lain bagi mengambil bahagian dalam kempen itu untuk meraih manfaat kepada penyelesaian kewangan yang ditawarkan sambil memperoleh penyertaan bagi memenangi hadiah utama kempen.

    Para pemenang dan hadiah-hadiah untuk Disember 2024 kempen berkenaan ialah Chai Yen Mei yang memenangi Apple iPhone 16; Hajah Sarawti Gemasari binti Haji Samsudin yang memenangi sebuah televisyen Samsung 65”; dan Tan Chee Woei yang memenangi 30,000 Royal Skies Miles.

    StanChart akan mengumumkan pemenang-pemenang di bulan-bulan mendatang dengan hadiah-hadiah untuk dimenangi setiap bulan sehingga cabutan utama pada Mei 2025.

    Klien-klien masih mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dan menang dengan menggunakan secara aktif produk-produk perbankan runcit dan harta bank berkenaan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda