Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart santuni 15 keluarga bersama SCOT

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Bank Standard Chartered (StanChart) dengan kerjasama Society for Community Outreach and Training (SCOT), baru-baru ini, telah mengagihkan sumbangan keperluan harian dan Hari Lebaran kepada 15 buah keluarga yang terpilih.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan StanChart di sini, hari ini, keluarga-keluarga berkenaan telah dikenal pasti melalui SCOT di mana kakitangan StanChart mengo-
    rak langkah secara sukarela turut menyumbangkan pelbagai juadah raya kepada
    penerima.

    Ketua Pegawai Eksekutif StanChart, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dipetik berkata, dalam semangat bulan Ramadan ini, mereka mahu mengingati semua masyarakat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.

    “Kami bersyukur dapat membawa keceriaan dan senyuman kepada mereka,” ujarnya.

    Dalam pada itu, sekumpulan 13 orang kakitangan bank juga melaksanakan aktiviti membersihkan kubur di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini, yang diselajurkan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil.

    Bank berkenaan turut mengadakan majlis tahlil secara maya pada minggu lepas dengan disertai oleh lebih 20 orang pegawai dan kakitangan bank serta turut dihadiri oleh Pengiran Aki Ismasufian.

    Kakitangan StanChart turut menyumbangkan juadah Hari Raya untuk keluarga-keluarga berkenaan. – Gambar serahan StanChart
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda