Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart sokong Hari Alam Sekitar Sedunia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Standard Chartered (StanChart) tidak ketinggalan meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED), baru-baru ini, dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar dan mendorong tindakan positif dalam masyarakat yang lebih luas untuk melindungi alam sekitar sebagai sebahagian daripada #generationrestoration, yang merupakan tema global WED tahun ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan StanChart, aktiviti-aktiviti penglibatan pekerja diadakan sepanjang seminggu yang merangkumi siri webinar yang membincangkan tema seperti pilihan makanan yang mampan dan pelaburan yang mampan.

    Pakar-pakar daripada industri yang relevan berkongsi pandangan mereka mengenai pemakanan mampan dan bagaimana orang dapat membuat pelaburan mereka bekerja lebih keras sambil mempromosikan kepada kebaikan di dunia.

    Bank berkenaan juga mendorong para kakitangannya untuk membuat ikrar terhadap komitmen mereka untuk menunjukkan apa yang dapat mereka lakukan untuk memberi kesan positif terhadap perubahan iklim. Kakitangan juga secara kolektif membawa pulang 200 anak pokok buah yang akan mereka tanam di sekitar kediaman mereka.

    Kenyataan menyatakan, StanChart mengakhiri minggu ini dengan mengadakan jerayawara dalaman yang menyoroti usaha yang dilakukan oleh bank untuk mengurangkan pembaziran dan pelepasan karbon serta sasaran eko bank untuk tahun ini.

    Semasa jerayawara itu, satu set alat makan keluli dan beg boleh digunakan semula percuma diberikan kepada semua pekerja. Untuk menyokong usaha negara dalam inisiatif No Plastic Everyday, bank berkenaan juga memberikan beg kitar semula yang dapat digunakan kembali bagi para pelanggan melalui rangkaian cawangan bank pada minggu yang sama.

    StanChart juga melengkapkan pihak ketiga Single-Use Plastic-Free Audit di premis ibu pejabatnya dan berjaya disahkan sebagai bangunan Single-Use Plastic-Free, salah satu bangunan komersial pertama kumpulan StanChart yang mencapai status tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif StanChart, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim bersama Pasukan Hijau StanChart Brunei. – Gambar serahan StanChart
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda