Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart tawar ganjaran hebat di Pesta Pelancongan Sabre

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Bank Standard Chartered (StanChart) akan menyertai Pesta Pelancongan Sabre Brunei 2024 di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, selama dua hari bermula esok hingga 6 Oktober.

    Sempena pesta pelancongan itu, Bank StanChart akan menawarkan promosi dan diskaun eksklusif untuk pemegang kad kredit Visa dan Mastercard. Pemegang kad kredit Visa dan Mastercard StanChart yang membeli tiket penerbangan atau pakej perjalanan semasa pesta pelancongan berkenaan akan layak mendapat diskaun pendahuluan yang menarik.

    Menariknya lagi, seramai 25 orang pemegang kad kredit StanChart pertama yang membelanjakan sekurang-kurangnya $1,000 dalam satu resit di Freme Travel esok dan di Pan Bright Travel pada 6 Oktober akan menerima diskaun serta-merta sebanyak $100 pada pembelian tersebut.

    Di samping itu, pelanggan akan berpeluang mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Segera. Pemegang kad kredit StanChart yang membelanjakan sekurang-kurangnya $500 dalam satu resit di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian semasa pesta pelancongan itu akan layak untuk mendapat satu Cabutan Bertuah Segera, dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk baucar, barangan eksklusif dan banyak lagi.

    Dalam pada itu, Ketua Produk Runcit dan Digital, Bank StanChart, Dayang Aisah binti Razali, berkata mereka berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Pesta Pelancongan Sabre Brunei dan memberikan pemegang kad kredit StanChart fleksibiliti kewangan yang tiada tandingan tetapi juga membawa nilai yang tiada tandingan kepada para pelanggan mereka dengan faedah eksklusif, ganjaran dan ciri keselamatan yang meningkatkan pengalaman mereka.

    Selain itu, StanChart juga menjalankan promosi istimewa untuk pemohon kad kredit baharu di mana permohonan yang berjaya, pengaktifan dan perbelanjaan kad kredit baharu mereka akan layak mendapat beg bagasi StanChart yang terhad kepada 300 orang pelanggan pertama. Pemegang pemegang kad kredit StanChart baharu juga berhak mendapat pengecualian yuran tahunan selama empat tahun.

    Oleh yang demikian, orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke petak Bank StanChart semasa pesta pelancongan berkenaan berlangsung.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda