Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Standard Chartered (StanChart) Brunei telah melancarkan promosi kad kredit baharu, menawarkan rangkaian faedah yang menarik kepada pelanggan sedia ada dan pemohon baharunya mulai sekarang hingga 31 Julai 2025.
Pemohon baharu yang berjaya memohon Kad Kredit StanChart akan menikmati pulangan tunai 25 peratus apabila mencapai jumlah perbelanjaan minimum terkumpul sebanyak $100 dengan pulangan tunai dihadkan pada $50. Pemohon baharu yang berjaya juga akan menikmati pengecualian yuran tahunan selama empat tahun.
Bagi pelanggan sedia ada, StanChart memberi ganjaran kepada perujuk yang berjaya merujuk Kad Kredit StanChart kepada mana-mana keluarga atau rakan mereka dengan pulangan tunai sehingga $500. Mereka akan diberi ganjaran mengikut peringkat tertinggi rujukan yang berjaya pada akhir tempoh promosi.
Ketua Peruncitan, Produk dan Digital, Bank StanChart, Dayang Aisah Razali berkata kempen itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada pelanggan bank, sama ada pelanggan yang menyertai buat kali pertama atau telah bersama bank selama bertahun-tahun.
“Kami percaya dengan kuasa komuniti dan program rujukan ini adalah salah satu cara kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka,” tambahnya.
Kad Kredit StanChart menawarkan faedah yang tiada tandingan yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan bank berkenaan. Daripada program mata ganjaran yang berbeza dan pilihan pulangan tunai kepada faedah perjalanan eksklusif dan perlindungan insurans komprehensif, kad kredit berkenaan memastikan nilai dan kemudahan yang luar biasa.
Dengan ciri keselamatan yang mantap dan penerimaan global, pelanggan boleh menikmati ketenangan fikiran dan fleksibiliti kewangan ke mana sahaja mereka pergi.


