Saturday, March 29, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart tawar kadar faedah bonus

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Mulai sekarang hingga penghujung Jun depan, Bank Standard Chartered (StanChart) menawarkan kadar faedah bonus untuk penambahan deposit bulanan bagi pelanggan persendirian JustOne Savings dan akaun semasa.

    Menurut StanChart dalam kenyataannya hari ini, promosi berkenaan menawarkan kadar faedah lebih tinggi berdasarkan purata pertambahan baki bulanan yang dipegang dan bertambah berbanding setiap bulan.

    Ketua Perbankan Persendirian dan Perniagaan Pengguna, Jocelane Basir dipetik berkata bahawa mereka memahami dengan keadaan pasaran yang bergerak, pelanggan akan mencari cara untuk mempelbagaikan pendapatan dan peluang pendapatan mereka melalui tempat selamat seperti pegangan tunai.

    Oleh itu, dengan adanya kempen ini mereka berharap para pelanggan mendapatkan pulangan yang lebih baik untuk pegangan tunai mereka sambil menikmati pengalaman perbankan yang lancar dengan StanChart.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda