Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    StanChart tawar kadar faedah istimewa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Pelanggan yang memohon pinjaman peribadi dengan Standard Chartered (StanChart) kini boleh menikmati penjimatan dengan kadar faedah efektif serendah 5 peratus dengan pengecualian yuran pemprosesan 100 peratus menerusi kadar faedah terendah dan fleksibel yang ditawarkan StanChart.

    Untuk memanfaatkan tawaran yang berlangsung sehingga 30 September ini, jumlah pinjaman yang diluluskan mestilah sekurang-kurangnya $50,000 dengan tempoh minimum tiga tahun dan terpakai kepada semua jenis pinjaman peribadi termasuk pinjaman semula dan pemindahan baki dari institusi kewangan lain.

    Selain itu, pelanggan yang memohon kad kredit baharu bersama-sama dengan permohonan pinjaman peribadi mereka, akan layak mendapatkan pengecualian yuran tahunan berterusan untuk kad kredit apabila permohonan mereka diluluskan.

    Ketua Produk Runcit dan Digital, Dayang Aisah Razali berkata, “Tawaran pinjaman peribadi promosi kami mempunyai kadar faedah terendah dan paling fleksibel dalam pasaran pada masa ini, serendah 5 peratus pada kadar faedah efektif, menjadikannya amat berpatutan dan mampu untuk pelanggan kami yang mencari pilihan pembiayaan yang lebih murah untuk membantu keperluan aliran tunai segera mereka.

    “Selain aplikasi yang pantas dan mudah, kami menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian nilai tambah kepada pelanggan kami untuk mencapai matlamat kewangan mereka,” tambahnya.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan pinjaman StanChart, layari laman web bank di www.sc.com/bn atau e-mel bn.sales@sc.com. Awda juga boleh mengikuti StanChart di Facebook dan Instagram untuk laporan terkini.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...