Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart tawar pinjaman fleksibel

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Standard Chartered (StanChart) telah melancarkan Kempen Pinjaman Peribadi baharu yang direka untuk menyokong pelanggan dalam mencapai pencapaian peribadi mereka atau mendapatkan kawalan ke atas kewangan mereka.

    Kempen yang berlangsung dari sekarang hingga 30 September 2025 menawarkan dua kadar faedah yang fleksibel berikutan jumlah nilai gabungan yang diluluskan dan terpakai kepada semua jenis pinjaman peribadi termasuk pinjaman semula dan pemindahan baki.

    Pelanggan akan menikmati kadar faedah serendah 5.25 peratus EIR jika jumlah nilai gabungan mereka yang digunakan semasa tempoh promosi adalah sekurang-kurangnya $50,000 manakala pelanggan yang memohon di bawah $50,000 akan menikmati kadar faedah sebanyak 5.5 peratus EIR.

    Selain itu, pelanggan yang memohon kad kredit baharu bersama-sama dengan permohonan pinjaman peribadi mereka, akan layak mendapat pengecualian yuran tahunan berterusan untuk kad kredit mereka setelah permohonan mereka diluluskan.

    Ketua Produk Runcit dan Digital, Dayang Aisah Razali berkata mereka telah menstrukturkan pinjaman itu supaya boleh diakses, mampu milik dan fleksibel memastikan pelanggan daripada semua lapisan masyarakat boleh mendapat manfaat daripada penyelesaian kewangan yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

    “Sama ada mereka ingin meningkatkan kemahiran atau mengurus komitmen kewangan sedia ada, matlamat kami adalah untuk meringankan beban kewangan supaya pelanggan dapat memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting bagi mereka,” ujarnya.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda