Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Dengan matlamat untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan rumah yang fleksibel khususnya bagi para pelanggan yang berhasrat memiliki kediaman sendiri atau mencari jalan keluar untuk menguruskan pinjaman rumah yang ada, Bank Standard Chartered (StanChart) kini mengadakan Kempen Pinjaman Rumah StanChart 2021 yang akan berjalan sehingga penghujung Disember depan.