Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Standard Chartered anjur kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Bank Standard Chartered telah berjaya mengungkayahkan kempen derma darah di pejabat utama bank berkenaan, baru-baru ini sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan kesihatan dalam kehidupan masyarakat dan juga tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Kempen berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Acara itu menyaksikan penyer-taan penuh semangat daripada kira-kira 50 orang terdiri daripada para pekerja bank dan orang ramai dalam sama-sama membantu mengumpulkan bekalan darah bagi golongan pesakit yang memerlukan khususnya di hospital tempatan.

    Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran di Bank Standard Chartered, Marilyn Graeme berkata bank berkenaan begitu menggalakkan semua pekerjanya untuk secara sukarela melakukan kebaikan dalam komuniti melalui pelbagai cara yang berbeza.

    Jelasnya, bekalan darah sentiasa mendapat permintaan di Negara Brunei Darussalam dengan keperluan meningkat secara berterusan. Justeru, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan bekalan darah dalam kalangan rakan sekerja dan masyarakat amnya.

    Untuk memastikan bahawa Bank Standard Chartered ialah tempat kerja yang hebat dan sihat untuk semua pekerjanya, bank berkenaan begitu menggalakkan golongan pekerja meluangkan masa bagi melibatkan diri dalam aktiviti di luar tempat kerja dalam pasukan mereka, yang membolehkan mereka mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja yang sihat dan membangun keupayaan untuk hubungan kerja yang berkesan.

    Bank Standard Chartered kekal komited untuk memupuk budaya memberi dan menyokong masyarakat, dengan rancangan untuk menganjurkan lebih banyak inisiatif sedemikian pada masa hadapan.

    Kempen derma darah yang diungkayahkan oleh Bank Standard Chartered dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS. – GAMBAR SERAHAN BANK STANDARD CHARTERED
    GAMBAR SERAHAN BANK STANDARD CHARTERED

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...