Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stanisic mohon maaf tolak budak pengambil bola

    MILAN, 18 APRIL – Pertahanan Bayern Munich, Josip Stanisic memohon maaf kerana menolak seorang budak pengambil bola semasa kekalahan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.

    Stanisic menolak budak tersebut dari bangkunya selepas remaja itu dilihat membaling bola ke arah lain bagi melengahkan Stanisic membuat lontaran ke dalam semasa masa tambahan. Bayern ketika itu sedang mengejar satu lagi gol bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan, namun akhirnya tewas dengan agregat 4-3 pada Rabu.

    “Setiap pasukan di dunia akan cuba melengahkan masa sedikit. Mereka (Inter) melakukannya dengan lebih baik berbanding yang lain,” kata Stanisic kepada media Jerman dalam komen yang disiarkan kelmarin oleh laman sesawang sukan, RAN.

    “Mungkin ia juga satu tindakan yang agak bodoh daripada saya dan saya minta maaf kerana menolaknya. Ketika itu saya terlalu berasa marah dengan permainan kecil seperti itu yang saya rasa tidak perlu.”

    Kakitangan kejurulatihan Inter segera menyedari insiden tersebut dan membuat rayuan kepada pengadil. Stanisic bagaimanapun tidak menerima sebarang kad. – AP

    Josip Stanisic menolak seorang budak pengutip bola semasa perlawanan timbal balik suku akhir Liga Juara-juara UEFA antara Inter Milan dan Bayern Munich di Stadium San Siro, Milan pada 16 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Anjing hitam