Starbucks Brunei perkenalkan produk baharu

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Starbucks Brunei bakal memperkenalkan dua minuman unik yang diilhamkan daripada logo ikoniknya, the siren.

Dua minuman berkenaan ialah Starbucks Fantasy Tail Frapuccino yang pasti menjadi kegemaran mereka yang menyukai minuman bertekstur berkrim.

Manakala itu, bagi yang menggemari minuman teh, mereka boleh menikmati minuman berperisa buah-buahan yang menyejukkan iaitu Starbucks Peach Cloud with Jelly.

Kedua-dua minuman terbaharu berkenaan mula boleh didapatkan di kesemua cawangannya yang bermula esok.

Selain daripada pilihan minuman musim panas yang baharu berkenaan, Starbucks juga terus menyajikan minuman Starbucks Iced Coffee Blend yang menggabungkan rasa unik kopi bersama-sama citrus dengan cola spice dan karamel yang pasti menjadi pilihan penggemar-penggemar kopi di negara ini.

Untuk memeriahkan lagi sambutan pertengahan musim panas, Koleksi Barangan Botani Musim Panas termasuk gelas dan pelbagai barangan koleksi yang disaluti dengan motif grafik flora turut diperkenalkan.

Starbucks Brunei memperkenalkan dua minuman unik yang diilhamkan daripada logo ikoniknya, the siren.